Pengenalan
- Ruang ialah jarak di antara dua buah objek.
- Ruang wujud dalam alam nyata dan dalam karya seni visual.
- Objek sama saiz yang berada di hadapan adalah lebih besar daripada objek di belakang.
- Benda konkrit mempunyai ruangnya yang tersendiri.
- Warna objek di hadapan adalah lebih jelas, manakala objek di belakang pula semakin kabur warnanya.
- Warna,jalinan,rupa,bentuk dan garisan mempunyai kekuatan yang membantu mewujudkan ilusi ruang dalam karya seni visual.
pelbagai ruang dalam alam sekeliling
Jenis-jenis Ruang
- Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.
- ruang fizikal wujud di persekitaran sebenar dan terbahagi kepada:
a) ruang terbuka - ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.
b) ruang tertutup - ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah
bangunan.
ruang terbuka
ruang tertutu
3. Ruang ilusi wujud dalam karya seni seperti lukisan,catan,cetakan dan grafik.
4. Ruang ilusi terbahagi kepada tiga, iaitu:
(a) Ruang dalam- ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas
seni reka seperti dalam catan lanskap.
(b) Ruang cetek - ruang dalam kawasan terbatas seperti di dalam bilik.
(c) Ruang rata - karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama.
contoh ruang ilusi
Ruang dan Perspektif
- objek yang sama saiz apabila berada di hadapan kelihatan lebih besar daripada objek di belakang.
- perspektif wujud melalui penggunaan ton warna dan elemen seni reka yang lain.
- perspektif terbahagi kepada tiga jenis,iaitu:
- satu titik lenyap
- dua titik lenyap
- tiga titik lenyap
grid perspektif satu titik lenyap
gambar perspektif satu titik lenyap
grid perspektif dua titik lenyap
gambar perspektif dua titik lenyao
grid perspektif tiga titik lenyap gambar perpektif tiga titik lenyap
tq cg Low for sharing.
ReplyDeleteContoh lakaran titik lenyap di bilik tidur
ReplyDeletetak faham
ReplyDeleteThank you teacher.
ReplyDeleteTq teacher, the note is very perfect
ReplyDeleteTq teacher, to sharing the notes
ReplyDeleteTq teacher, to sharing the notes
ReplyDeleteKalau dia minta sesuaikn rang Dan ilustrasi tau mksd nya apa?
ReplyDeleteNama lain bagi titik lenyap perspektif
ReplyDelete