Garisan merupakan cantuman satu siri titik-titik.Garisan merupakan unsure seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis.
B. Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar. · Garisan Tebal· Garisan kasar· Garisan nipis· Garisan berlingkar· Garisan berbulu· Garisan pancaran· Garisan beralun· Garisan zig-zag· Garisan Putus-putus
contoh-contoh garisan:
C. Garisan pada Alam Sekeliling
Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.
Garisan pembahagi jalanraya(garisan putus-putus) D. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
Garisan melintang -Memberi gambaran tenang.
Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga
E. Garisan PergerakanGarisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.-Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar F.Fungsi garisan
garisan menimbulkan rupa.
garisan menimbulkan bentuk.
garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang
garisan mewujudkan ruang.
garisan menghasilkan jalinan.
garisan menghasilkan motif pada reka bentuk corak.