Unsur Seni - Garisan
A. Pengenalan
Garisan merupakan cantuman satu siri titik-titik.Garisan merupakan unsure seni terpenting dalam aktiviti melukis, menggambar dan menulis.
B. Jenis-jenis garisan boleh dikelaskan berdasarkan penggunaan bahan atau teknik yg menentukan rupa bentuk dan sifatnya.Contohnya, pen marker akan memberikan garisan tebal, pen memberikan kesan garisan halus manakala berus dan dakwat memberi kesan garisan kasar.
· Garisan Tebal· Garisan kasar· Garisan nipis· Garisan berlingkar· Garisan berbulu· Garisan pancaran· Garisan beralun· Garisan zig-zag· Garisan Putus-putus
contoh-contoh garisan:
- Garisan juga wujud pada objek alam sekeliling dan objek buatan manusia dalam rupa garisan yang tersembunyi di sebalik bentuk asalnya.
Pokok(garisan tebal) ranting pokok( garisan kasar)
urat daun(garisan nipis) Titik hujan(garisan putus-putus)
Cendawan ( garisan pancaran ) Benang ( garisan berbulu)
Jejari roda basikal( grisan pancaran ) Racun nyamuk ( garisan berlingkar)
D. Kedudukan Garisan dapat menimbulkan pelbagai Kesan Perasaan
- Garisan melintang -Memberi gambaran tenang.
- Garisan pepenjuru - memberi gambaran pergerakan
- Garisan tegak - memberi gambaran teguh dan stabil
- Garisan pancaran - memberi gambaran bertenaga
E. Garisan PergerakanGarisan dapat mencipta pergerakan ilusi dengan menghasilkan garisan berulang-ulang.-Garisan berlingkar - Garisan beralun -Garisan bergetar
F.Fungsi garisan
- garisan menimbulkan rupa.
- garisan menimbulkan bentuk.
- garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang
- garisan mewujudkan ruang.
- garisan menghasilkan jalinan.
- garisan menghasilkan motif pada reka bentuk corak.
- garisan mewujudkan ton.
- garisan menghasilkan pelbagai asas corak.
No comments:
Post a Comment