Wednesday 28 November 2012

unsur seni: ruang

Unsur Seni : Ruang
Pengenalan

  1. Ruang ialah jarak di antara dua buah objek.
  2. Ruang wujud dalam alam nyata dan dalam karya seni visual.
  3. Objek sama saiz yang berada di hadapan adalah lebih besar daripada objek di belakang.
  4. Benda konkrit mempunyai ruangnya yang tersendiri.
  5. Warna objek di hadapan adalah lebih jelas, manakala objek di belakang pula semakin kabur warnanya.
  6. Warna,jalinan,rupa,bentuk dan garisan mempunyai kekuatan yang membantu mewujudkan ilusi ruang dalam karya seni visual.

pelbagai ruang dalam alam sekeliling

Jenis-jenis Ruang
  1. Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi.
  2. ruang fizikal wujud di persekitaran sebenar dan terbahagi kepada:
           a) ruang terbuka - ruang bagi kawasan lapang seperti padang, taman bunga, pantai dan lain-lain.

           b) ruang tertutup - ruang bagi kawasan yang sempit seperti di dalam bilik atau di dalam sesebuah 
                                       bangunan.

   

 ruang terbuka

  
ruang tertutu

3. Ruang ilusi wujud dalam karya seni seperti lukisan,catan,cetakan dan grafik.
4. Ruang ilusi terbahagi kepada tiga, iaitu:
    (a) Ruang dalam- ruang yang memperlihatkan kesan perspektif hasil daripada penggunaan elemen asas
         seni reka seperti dalam catan lanskap.
    (b) Ruang cetek - ruang dalam kawasan terbatas seperti di dalam bilik.
    (c) Ruang rata - karya seni visual yang memperlihatkan olahan pada satah atau permukaan yang sama.

contoh ruang ilusi

Ruang dan Perspektif
  1. objek yang sama saiz apabila berada di hadapan kelihatan lebih besar daripada objek di belakang.
  2. perspektif wujud melalui penggunaan ton warna dan elemen seni reka yang lain.
  3. perspektif terbahagi kepada tiga jenis,iaitu:
  • satu titik lenyap
  • dua titik lenyap
  • tiga titik lenyap
             grid perspektif satu titik lenyap                                 
 
    gambar perspektif satu titik lenyap

       grid perspektif dua titik lenyap                                       
  

                                                                     gambar perspektif dua titik lenyao
grid perspektif tiga titik lenyap                                    gambar perpektif tiga titik lenyap

9 comments: